CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 30 March 2011

PENGENALAN KAUM ORANG SUNGAI


'Orang Sungai' merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai juga kebanyakannya menetap di daerah Pitas dan Paitan.
Selain itu, orang sungai juga terdapat di kawasan lembah Sungai Kinabatangan dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing seperti bangsa Sungai di Sukau dan juga di kota Marudu.
Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).

0 comments: